JOHANNESBURG: Angka kematian akibat letupan gas di Boksburg, Afrika Selatan meningkat kepada 15 orang setakat ini, kata Menteri Kesihatan Joe Phaahla pada Ahad.

Pada pagi Sabtu, sebuah trak yang membawa gas dilaporkan tersangkut di bawah jambatan di Boksburg, Wilayah Gauteng sehingga mengakibatkan letupan dan infrastruktur berhampiran turut terbakar, lapor Xinhua.

Seramai 24 pesakit dan 13 kakitangan Hospital Memorial Tambo yang terletak 100 meter dari lokasi kejadian turut mengalami kecederaan.

Letupan itu turut menyebabkan kerosakan infrastruktur hospital.

Laporan mengenai kerosakan akan dikeluarkan minggu depan, kata Phaahla.

--BERNAMA



TAG: Afrika Selatan, Boksburg, letupan gas